Wednesday, December 31, 2008

Year In Review

Wow.. We're at the end of the year already, aren't we? Alhamdulillah we managed to get this far. 366 days in 2008, of course a hell lot of things happened. My 2008, I'd say 68% is not a very sweet, exciting, enjoyable moment. A lot of unpleasant things happened to me this year. I went through hard times with my academics. The effort I put in for it didn't result in what I expected for that much that I've given, you know what I mean? I only get to catch up at the very last moment. But then, I think that it's better late than never.

Kalau nak tengok satu2, memang tak ingatla aper yang berlaku dalam tiap2 bulan. Huhu.. So, aku highlight je la perkara menarik yang berlaku dalam tahun nie. So, agak2 dalam 1st week of January, aku balik lagi ke kolej after 2 weeks holiday lepas bridging course. Masa tu ingat lagi, senior dah nak fly gi Deutschland. Ingat sebab ader senior tanya nak watpe dalam flight yang lama & membosankan. Bulan Januari rasanya tak banyak sangat kerja. AUSMAT baru nak start & lecturer2 semua baru bagi intro pasal subjek2...

Rasanya dalam Februari dah start sibuk. Homework, assignment.. Kalau tak silap, dalam bulan nie tak mula lagi test. Still, kteorg boleh enjoy2 lagi. :P Bulan Mac memang sibuk gler. Test, assignment, homework, presentation... Tension gler sampai breaking stress, bole masuk plastic condition lagi. hehe.. But then, tengah malam boleh lepak kat kedai mamak lagi. April pulak, birthday aku. Kalau tak silap, masa nie gak kumpulan aku mula buat movie untuk assignment English. Tajuk movie: "Journey to Western Paradise"; spoof untuk cter 'Journey to the West', versi hiphop and baju melayu. Bulan Mei pulak, aku taknak cerita. Tak best.. Phone hilang dua bijik. Bulan Jun, mid-term exam dulu, then akhirnya balik rumah after 6 months tension kat kolej. Masa tu pulak Euro 2008 baru start. So, dok umah, tgk bola & gaduh ngan abang pasal bola.

Julai, balik kolej lagi. Ader lagi assignment, test, presentation.. Tension tak habis2.. Bulan Ogos, hard drive aku rosak. Semua benda dalam laptop aku dulu, aku transfer kat dalam tu. Skarang nie benda tu pun rosak, jahanam jugakla semua barang2 aku. September, shooting video untuk competition Deutsch. Thanks to junior kteorg yang sudi tolong jadi background. Hehe.. Oktober, puasa. Makan free kat surau, bole jugak jimat sikit. Then, mock exam: Exam aku yang paling berjaya.. :P November,raya, balik rumah lagi. Syukur dapat jumpa semua saudara. Lepas raya, balik kolej lagi. 2 weeks after that, TEE exam. Habis exam, enjoy la! Pe lagi. Pergi Genting, main futsal, tengok wayang. Disember, family datang KL. Shopping, shopping, shopping.. (cam pompuan pulak aku nie) Lepas tu baru balik Kuching. Kat Kuching jumpa kawan2, main basketball, main game, dok rumah... Then, result TEE kluar. Alhamdulillah lepas. And then there's more shopping, and here we are on the 31st of Disember, I'm writing this post.

My new year resolution? 1280x800 pixel.. Wakaka, cam set display PC plak.. Erm, I guess I want it to be better than this year. In everything. Caring for the people I love, performing better in my studies, doing thing that I love to do like basketball and playing guitar, everything. And not forgetting, my faith towards Allah S.W.T, especially because of the fact that I will be stepping into a whole new different world for 4 years. Hope that 2009 willbe great for all of us. Frohes Neujahr, treffen wir uns wieder im Jahr 2009. Peace!

Wednesday, December 24, 2008

Holiday!

Weeeee... rpenye dah sebulan aku cuti... Banyak ke yg aku dah wat? rasanye tak kowt.. Asyik duduk kat umah je.. Petang2 main basketball.. Lepas main balik umah lagi.. Lepas tu main game.. Hehe.. Yang bestnye main game nie, dapat main sama2 ngan kawan2 rapat aku.. Main ngan Lan, Adrian dengan Hilal.. Yang sik bestnya, aku sik terer cam sidak.. Lan terer main sniper, Adrian terer main AK47.. Isk3...

Adrian trying to get the rebound



Asri shooting from downtown

Timeout pose

Yang lagi best, dapat main basketball dengan geng2 ramai2... Dapat ramai geng baru, mostly dari St.Joseph.. Tiap2 petang main kat padang basketball St.Joseph, tapi lately main kat indoor stadium.. best gler,sebab dapat main full team ramai2.. Walaupun tak skor banyak, tapi dapat assist banyak and defend gempak2.. Huhu..

There's no present for you guys under that tree

Other than that, I don'tthink I did much during this holiday. The results for my AUSMAT were out. Alhamdulillah I achieved what I expected and I will be flying to Germany in 2 weeks time. Weeeeee!! I've done preparations in terms of clothing before I went home, but somehow I feel it's not enough. Somehow I think there's more to deal before I go. Anyways, nothing gonna stop me from having fun as much as I can while I'm still home.

Kepada klazmet2 aku, jumpa lagi masa briefing nanti. Dah lama tak jumpa korang. Huhu.. Kepada member aku kat Sarawak, enjoy puas2 lok before ku pegi. Lak sik btemu gik bah.. Til then, I'm just gonna lose myself having fun here inmyown hometown. Peace! [Pics coming soon, sje je nk update blog sbenanye..] :P

Wednesday, December 10, 2008

The roof is on fire!

"Hello, dah dengar berita pasal sekolah?" tanya rakan sekerja mak aku dengan nada cemas.

"Tak lagi, kenapa?" jawab mak aku dengan nada hairan.

"Sekolah terbakar!" jawab rakan mak aku dengan nada yang lebih cemas.

Tuesday, 6 Oct, in a hotel somewhere in KL: My mother received a phone call from her colleague, saying that Kuching High was on fire. At first, my mother could'nt believe it. I called my brother and mentioned to him about this matter. He went out of his office and saw a thick black smoke nearby. That confirmed the news.

Family aku masa tu sebenarnye baru je sampai KL sebab nak ambik aku yang baru je selamat menghabiskan AUSMAT kat KBU, di samping hendak bershopping sakan. Disebabkan kejadian berlaku amat jauh dari tempat kami berada, tiada apa yang boleh kami lakukan kecuali buat bodoh. Wakakaka...

Kata kawan mak aku, ramai cikgu2 datang ke sekolah mase sekolah tu tengah terbakar, sebab nak selamatkan dokumen2 penting. Kebakaran start dekat makmal lama (junior lab), tempat mak aku mengajar budak2 form 1 & 2. Makmak tu musnah habis, even piling kayu pun tebakar sampai jadi abu. Sebenarnye blok makmal tu dah jadi kawasan larangan bermula tahun ni, sebab dah tak kukuh. Memangla, dahla bangunan kayu, dah berpuluh tahun plak tu. Tapi, barang2 dalam makmal tu belum dipindahkan lagi. Basically, the loss is from all the things which haven't been removed from the block, not the from the building itself.

Blok junior lab yang musnah


Kawasan luar junior lab (tempat lepak dengan senior2)

Mulanya, kami diberitahu bahawa api tu merebak sampai ke bilik KH nun jauh di belakang sana. Tapi rupa2nya tidak. Api merebak ke tepi, ke arah blok pentadbiran (staffroom). Mula2 kena library kat tingkat atas, sebab library tu lantai & dindingnya kayu, dan ia bersambung ke junior lab melaui satu jambatan kayu kecik. Memang jahanam semua buku kat dalam library tu. Tapi, ada satu bahagian library tu selamat pulak, sebab terletak kat bahagian depan blok pentadbiran yang tak kena api.

Bahagian library yang terselamat

Bahagian library yang musnah

Di bawah library pulak staffroom. Staffroom pun jahanam gak. Yang peliknye, meja mak aku selamat walaupun tempat duduk dye paling dekat ngan junior lab. Buku2 dalam laci & almari meja dye pun selamat, walaupun basah. Buku rekod pelajar pun dah takleh diselamatkan lagi. Tapi yang paling teruk musnah, bilik pengetua. Sebab lantai library tu tebakar, semua buku2 dari library kat tingkat atas jatuh ke bilik pengetua. Semua benda kat dalam bilik dye (sijil penghargaan, piala, trofi, barang2 rampasan) habis terbakar. Entah dye tinggalkan laptop dye kat dalam bilik dye tu ke tak. Kalau dye tinggalkan, memang menangis laa..



Bilik pengetua yang musnah (jumpa benda pelik2 kt situ) :P

Meja mak yang terselamat (finally something positive!)

Aku taktau pulak berapa jumlah kerugian disebabkan kebakaran nie. Yang aku tahu, senior lab kini dibuka untuk budak2 form 1 & 2 jugak. Bilik ICT jadi bilik pengetua sementara. 3 buah kelas jadi bilik guru sementara. Nasib baik gak dah nak abiz SPM masa kebakaran nie berlaku. Apa perasaan aku bila sekolah aku terbakar? Erm, sedih tak jugak,sebab aku tak gi sekolah tu lagi. My years are done there. Happy, tak jugak. Although sekolah tu agak boring, tapi kat situla aku menuntut ilmu sampai aku dapat scholarship skarang nie. Double feelings la jugak. Harap2 sesi persekolahan diorang dpt dijalankan cam biasa. Dengar2 blok makmal baru nak dibuat nanti. I wish all Highians the best of luck in the future. In the meantime, I wanna enjoy my holiday. :P

Thursday, December 4, 2008

Leaving already??

Walauwei, nak balik dah ke?? Feels like it was just yesterday I registered myself in KBU.. And it feels like just hours ago I unpacked all my stuff and placed them inside my locker.. And it felt like just minutes ago I went to my very first lesson in this college.. And it feels like just seconds ago I started my AUSMAT course.. And it feels like just moments ago I.... I... err... Keine Ahnung!

Locker yang dah kosong...

Banyak kenangan aku kat KBU nie.. Yang paling best, aku & member2 aku smuenya dah jadi warga BU (hon sket!!) wakakaka! Best ke tak duduk kat BU? Erm, best tu memangla best.. Ich habe viele Freunde kennengelernt, ein großes Einkauzentrum befindet sich in der Nähe von meinem Heim.. Tp yg sdeynye family takde.. Takleh nak main ngan adik, abang & kakak... Sob3.. Yang paling sik best, sikpat klaka bahasa Sarawak... Nang sikda org Sarawak terus.. Gi BTN ariya bok dpt nemu org Sarawak.. Tebal dah lidah ku nak klaka bahasa dikpun.. Kedak org putih nak klaka BM eh.. Huhu..

Barang mengambow.. (Org gik nak ngemas bahh...)

Pas habis BTN aritu aku terus kemas brg2 aku.. Keesokan harinye cousin aku amik aku, dye tolong angkat smue brg2.. Then 2 malam tdo kat umah dye dulu sbb nak tunggu family sediri datang.. Gembiranye ble tgk family datang dari airport malam tu.. Tp, mak kata aku dah makin gemuk, betul ke?? Hmm.. Lepas family datang kteorg terus check in kat hotel kat KL.. Shopping sakan kat sni, sampai kering dompet.. Isk3.. Nasib baik harga minyak turun, kalo tak mamp0s nak isi minyak kereta ble dah balik nanti... Takdela habis duit scholarship aku.. Huhu.. Selepas 5 hari 4 malam menginap di hotel kami sekeluarga pun balik.. Feels good to be home.. For me there's no other place more peaceful than my hometown... Kepala rasa ringan, takde stress.. But now I'm hoping I'll be able to get good results so that I'm eligible to continue my studies overseas next year.. Chuak o0o0o skarang.. But I believe with dedication and effort plus prayers to Allah, success is just one step away.. Amin.. Tapi buat masa skarang, kita enjoy!!! Weeeeee~

AUSMAT Graduates of 2008





Kenangan di KBU.. Am leadernye.. (posing kat tandas pun jadilaa...)



Posing kiut pulak...


Saat-saat duka pun ader.. Tapi still sempat posing...

Waaarrgghhh!!! Gambar beruk pun ader??! Dari mana datang??!!