Sunday, January 25, 2009

Deutschland


Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya jugak aku jejakkan kaki ke bumi Deutschland. Dah 3 minggu aku berada di sini, tapi baru sekarang dapat peluang nak cerita panjang. Biarla aku start dari mula ye... Flight selama 12 jam pada 20hb Januari sangat membosankan. 30 minit je boleh lelap. Selebihnya cuma terjaga, mengharapkan sebentar lagi nak mendarat. Huhu.. Tiba kat Frankfurt am Main airport, aku disambut oleh Encik Abdullah, pegawai JPA yang bertugas kat Frankfurt. Banyak jugakla benda2 yang dye terangkan. Then, aku naik keretapi ICE (keretapi laju) dari Frankfurt ke Köln (Cologne). Jauh tu, tapi sampai dalam masa sejam je. Sampai kat Köln, aku tunggula pegawai CDC datang jemput. Kawan2 kata Frau Winnefeld nak datang, tapi sampai sejam aku tunggu tak jugak jumpa. Dah risau dah masa tu. Tapi, nasib baik aku terdengar nama aku dipanggil melalui speaker. Rupanya Frau Winnefeld buat announcement. Barula jumpa.. huhu..



So, sekarang nie aku menetap kat Köln bersama 5 rakan sekelas. Rumah kteorg kecik gler kalau nak dibandingkan dengan rumah kat Malaysia, tapi kat sini rumah kteorg kira besar. Ader banyak bilik walaupun kecik. Tempat tinggal kteorg dekat kawasan Longerich. Alamatnye, Grethenstrasse 1.a 50739 Köln. Dekat sini, public transport sangat mantap. Takde transport sendiri pun boleh sampai mana2 tempat. Stesen keretapi ader kat mana2. Dekat pulak tu. Then, tempat study pulak dekat Hansaring. Sekarang nie bridging course je, so kteorg belajar bahasa lagi 6 bulan nie. Lepas tu, baru masuk U.

Cara hidup pulak, OK la. Nak cari makanan halal boleh je jumpa. Banyak kedai orang Turki kat sini yang jual makanan halal. Kedai Asia pun ader. Kteorg dekat sini boleh kata hari2 makan nasi. Kawan2 aku beli banyak masa dyeorg datang dulu. Kosnye pulak, takdela mahal sangat. Sayur and buah-buahan tu murah sangat. Tapi, kalo benda pelik2 cam petai, benda2 yang senang cari kat Malaysia tapi kat sini susah jumpa, tu la mahal. Kalo pandai jimat, 50 Euro sebulan untuk makan pun dah cukup. And dekat sini ader Flohmarkt, sebijik cam pasar minggu kat Kuching. Macam2 ader jual. Tapi kat sini takdela Einkaufzentrum (shopping complex) yang besar gler cam 1U or midvalley. Walaupun takde, tapi tempat2 untuk shopping ader banyak. But then the most important thing ist, GELD SPAREN!!!!

Pelajaran pun OK gak.. Lecturer baik. Orang kat CDC pun baik. Kalau nak mintak tolong aper2, boleh je dyeorg tolong. Next week our Studiencolleg begins. So, we're going to start learning technical subjects in German (OMG!). Das wäre schwierig. Nak beli barang pun cakap gagap, pe lagi nak belajar istilah2 sains.. lagi tak paham.. :P

Sebenarnye banyak lagi yang aku nak cerita, tapi dalam post lain je laa.. Banyak sangat.. Huhu.. Harap2 nanti boleh update lagi blog nie. Kat umah takde internet, so susah skit. So, let me end this post by showing you a display of pictures that we took here in Köln. Bis bald!!

Tuesday, January 13, 2009

Disease!

Haha.. By this time, semua org ingat aku dah kat Germany.. Well, guess what?? I'm still stuck in Malaysia. Tapi, bukan aku cakap flight ker Germany 8hb ke? Haaa.. memang betul tu. Meh2 aku cerita skit aper yang dah jadi..

5hb, Isnin lepas, aku memang nak kena gi KL sebab hari esoknye ader briefing kat pejabat JPA kat Putrajaya. Pagi tu, aku mandi, perasanla ader bintik cam jerawat kat badan aku. Aku bagitaula kat parents, pastu dyeorg kata maybe kne chicken pox, jangkit dari adik aku yang kena dalam beberapa minggu lepas. Lagipun, tak nampak teruk sangat, so kteorg semua assume boleh sembuh cepat. Dengan itu, jalan je la gi KL.. Eh, terlupa satu peristiwa nie.. Tengah hari tu ayah aku bawak aku gi jumpa orang tua kat sebuah kampung nie untuk berubat emergency before gi airport. Air penawar tu memang dye bagi, tapi yang tak boleh blah, orang tua tu pi jilat satu badan aku.. Eeeiiii... aku sendiri pun geli giler. Kne kat badan je, aku rasa cam gay je..
Tercabul! Wargghhh!! :P

Sampai kat KL, aku dok kat umah kazen aku kat Sentul. Plan sebenarnye, malam tu nak overnight kat kondo Azri kat Kajang so that pagi esoknye boleh gerak sama2 ngan dye gi Putrajaya. Tapi, dye stay kat umah abang dye pulak. So, malam tu aku rehat je kat umah kazen aku. Simptom chicken pox tak jelas lagi. Tapi, pening2 tu memang dah ader dah. Pagi 6hb ok lagi. Takde pe2 sangat. Tapi, sampai je kat pejabat JPA tu, bintik2 mula timbul kat muka, sampai semua org boleh perasan. Masa tu, parents aku tak suruh bgtau JPA, sebab takut dyeorg halau aku dari situ (masa briefing tu bagi duit beb). So, dari mula briefing pukul 9pg sampai habis pukul 1230 aku cover muka gne sapu tangan. Ada pegawai JPA tanya pe masalah aku, aku cakap aku tak sihat je. Dyeorg tak perasan langsung. Haha.. Tapi masa balik Sentul naik tren tu la aku rasa terseksa giler. Muka makin teruk, demam pun makin teruk. Sampai je kat umah aku terus rebah. Takleh nak wat pe2 lagi dah. Lemah giler. Mandi jap, makan skit, terus tido..

Malam tu aku bangun lap badan (kena chicken pox takleh mandi). Siap lap gne air kelapa lagi. Malam tu aku nak gi klinik. Sebab badan masih rasa lemah, aku tidola lagi jap smentara tunggu kazen aku balik kerja before dye bawak gi klinik. Bila dye dah balik, dye kejutkan aku. Giler pening tahap dewa naga 7 hajat aku lepas dye kejutkan tu. Sampai muntah kat kereta. Nasib baik aku sempat halakn kat luar. Haha.. Kat klinik doktor check and bagi 5 macam ubat. The next day (Rabu 7hb) aku ikut cakap doktor, makan ubat ikut masa yg ditetapkan. Yang tak bestnye, ubat tu pulak yang wat badan aku rasa lemah. Lepas makan ubat je tido. 1 hari tu aku tido. Malamnye aku takleh tido. Rasa cam meracau je, cam kne "ganggu" ader gak. Then aku bangun, tengok2 parents aku dah sampai KL, sampai kat umah kazen aku. Seronoknye dapat jumpa dyeorg masa tu. Mak aku kata badan aku panas giler. Patutla aku tkleh tido tadi. Dye bagi aku makan Panadol 2 bijik, ditambah lagi dengan rasa lega dengan ketibaan dyeorg, baru aku boleh tido..
Bahagian belakang (hari ketiga)
Muka pun hancur

Khamis, 8hb. Hari aku sepatutnye bersiap-siap untuk breangkat ke Jerman. Tapi, aku dok umah je, takleh wat pe2. Chicken pox baru menunjukkan tanda2 nak kering. Aku tak makan ubat hari tu, sebab taknak rasa lemah cam semalam. Tapi, bosan gak asyik tengok tv je. Malamnye aku cuba kontek kawan2 kat airport. Dyeorg semua cam hepi gler semua. Jelesnye... Somehow aku rasa sedih gak. Aku sepatutnye bersama dyeorg masa tu. Member2 dari Sarawak plak semua dah wish gudluck. Tapi sebab tak sampai hati nak cakap pasal keadaan aku nie, aku ye je la wish dyeorg tu. Hmm.. Hari Jumaat pun aku tak wat pe2 sangat. Demam pun dah reda, bintik2 kat badan dah makin kering. Sampaila hari Isnin, 12hb. Semuanye nampak cam dah kering. Demam dah sembuh, gatal2 pun dah takde. Maka hari Selasa ayah aku pun bawak aku balik Kuching. So sekarang nie aku just ilek2 kat umah, tunggu flight je..

Btw, flight aku postpone sampai 21hb nanti. Tapi sebelum tu aku kne lapor diri kat pejabat JPA kat Putrajaya dulu, means aku kne datang KL lebih awal. Lagi duit nak kne keluar untuk beli tiket. Semua orang kata, nie ujian & dugaan. Aku tak kisah, tapi aku tak tahan tengok orang lain pun jadi susah sebab penyakit yang aku kena nie. Lagi2 parents aku. Dahla ayah aku terpaksa burn tiket dye hari Jumaat lepas, balik tadi pun kne beli tiket mahal gak sebab beli last minute. And to my dear, I'm sorry you had to see my terrible face during briefing. I know we planned to go out that day. Sorry I broke the promise. =( But then, I found out that I have a lot of people who really care abaout me. So thanks Mak Yot, Bang Tino, Pheena, Auntie Netty, Uncle Skor & Adik Putra. If you were not there, where should I turn to in my time of need.. Thanks!

Sunday, January 4, 2009

Leaving On The Jetplane

Wow.. Leaving alrady?? Today is my last day in Kuching!! Waaaaaa!! Then, 4 1/2 years living abroad. Probably I could only be home once a year, and most probably I won't be able to come home this year. I'm pretty sure there are lots of things to be dealt with this year.

Esok dah nak berangkat ke KL. 6hb nanti ader departure briefing kat Putrajaya. Dapat elaun semua tu.. Yang bestnye, dapat jumpa kawan2.. Yang tak best pulak, tak balik Kuching lagi pastu. Stay kat KL sampai nak fly nanti. Between 6hb & 8hb, taktau mak watpe.
Jalan2 je kot. Then 8hb depart kul 12 malam. Pastu 4 1/2 tahun tak jumpa rumah. Sedihnye...

Takpela.. Nak gi jauh2 nie sebab nak menimba ilmu.. Insyaallah balik nanti boleh jadi better person.. :P Kalau panjang umur, Insyaallah boleh jumpa kawan2 lagi. Aku blah dlu ye kawan2! Salam! Peace!!