Sunday, January 25, 2009

Deutschland


Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya jugak aku jejakkan kaki ke bumi Deutschland. Dah 3 minggu aku berada di sini, tapi baru sekarang dapat peluang nak cerita panjang. Biarla aku start dari mula ye... Flight selama 12 jam pada 20hb Januari sangat membosankan. 30 minit je boleh lelap. Selebihnya cuma terjaga, mengharapkan sebentar lagi nak mendarat. Huhu.. Tiba kat Frankfurt am Main airport, aku disambut oleh Encik Abdullah, pegawai JPA yang bertugas kat Frankfurt. Banyak jugakla benda2 yang dye terangkan. Then, aku naik keretapi ICE (keretapi laju) dari Frankfurt ke Köln (Cologne). Jauh tu, tapi sampai dalam masa sejam je. Sampai kat Köln, aku tunggula pegawai CDC datang jemput. Kawan2 kata Frau Winnefeld nak datang, tapi sampai sejam aku tunggu tak jugak jumpa. Dah risau dah masa tu. Tapi, nasib baik aku terdengar nama aku dipanggil melalui speaker. Rupanya Frau Winnefeld buat announcement. Barula jumpa.. huhu..



So, sekarang nie aku menetap kat Köln bersama 5 rakan sekelas. Rumah kteorg kecik gler kalau nak dibandingkan dengan rumah kat Malaysia, tapi kat sini rumah kteorg kira besar. Ader banyak bilik walaupun kecik. Tempat tinggal kteorg dekat kawasan Longerich. Alamatnye, Grethenstrasse 1.a 50739 Köln. Dekat sini, public transport sangat mantap. Takde transport sendiri pun boleh sampai mana2 tempat. Stesen keretapi ader kat mana2. Dekat pulak tu. Then, tempat study pulak dekat Hansaring. Sekarang nie bridging course je, so kteorg belajar bahasa lagi 6 bulan nie. Lepas tu, baru masuk U.

Cara hidup pulak, OK la. Nak cari makanan halal boleh je jumpa. Banyak kedai orang Turki kat sini yang jual makanan halal. Kedai Asia pun ader. Kteorg dekat sini boleh kata hari2 makan nasi. Kawan2 aku beli banyak masa dyeorg datang dulu. Kosnye pulak, takdela mahal sangat. Sayur and buah-buahan tu murah sangat. Tapi, kalo benda pelik2 cam petai, benda2 yang senang cari kat Malaysia tapi kat sini susah jumpa, tu la mahal. Kalo pandai jimat, 50 Euro sebulan untuk makan pun dah cukup. And dekat sini ader Flohmarkt, sebijik cam pasar minggu kat Kuching. Macam2 ader jual. Tapi kat sini takdela Einkaufzentrum (shopping complex) yang besar gler cam 1U or midvalley. Walaupun takde, tapi tempat2 untuk shopping ader banyak. But then the most important thing ist, GELD SPAREN!!!!

Pelajaran pun OK gak.. Lecturer baik. Orang kat CDC pun baik. Kalau nak mintak tolong aper2, boleh je dyeorg tolong. Next week our Studiencolleg begins. So, we're going to start learning technical subjects in German (OMG!). Das wäre schwierig. Nak beli barang pun cakap gagap, pe lagi nak belajar istilah2 sains.. lagi tak paham.. :P

Sebenarnye banyak lagi yang aku nak cerita, tapi dalam post lain je laa.. Banyak sangat.. Huhu.. Harap2 nanti boleh update lagi blog nie. Kat umah takde internet, so susah skit. So, let me end this post by showing you a display of pictures that we took here in Köln. Bis bald!!

3 comments:

Anonymous said...

tahukah anda?gagap semasa beli brg tu sbnrnye gigil krn sejuk.jgn slh paham.ekeke

bdk baek,emira.

NaZMi said...

hahaha.. skrg dh nak masuk spring. dah tak sejuk lg. so tak gagap. :P

Anonymous said...

engko tiap2 hari makan nasi
aku tiap2 hari mkn mamak...haha